Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar seru generasi muda M'sia beri sokongan kepada kerajaan jayakan agenda reformasi

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Anwar Ibrahim berkata persefahaman yang terjalin antara beliau dengan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad adalah bagi meneruskan agenda reformasi yang diperjuangkan sebelum ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar seru generasi muda M'sia beri sokongan kepada kerajaan jayakan agenda reformasi

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 21 Apr 2019 04:11PM Dikemas Kini : 21 Apr 2019 04:14PM

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Anwar Ibrahim berkata persefahaman yang terjalin antara beliau dengan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad adalah bagi meneruskan agenda reformasi yang diperjuangkan sebelum ini. 

Berucap di satu majlis masyarakat di Johor Bahru malam tadi (20 Apr), Encik Anwar berkata sokongan yang diberikan terhadap kepimpinan PM Mahathir itu adalah berdasarkan persefahaman yang dicapai semua pucuk pimpinan parti Pakatan Harapan.

Katanya lagi, setiap individu itu perlu patuh kepada kepimpinan yang dilantik, fokus dalam memenuhi janji kepada rakyat dan agenda reformasi. 

"Kita menyokong pimpinan sekarang, beri ruang untuk teruskan reformasi, banyak orang keliru kenapa Anwar buat persefahaman dengan Mahathir, sudah lawan lama.

"Tapi mereka lupa kita bersetuju sebab agenda bukan sebab kerana sekarang Mahathir Perdana Menteri lepas ini Anwar Perdana Menteri, itu bagi saya sampingan," kata Encik Anwar.

Untuk itu, beliau menyeru generasi muda Malaysia bersama-sama meneruskan usaha dan memberi sokongan kepada kerajaan dalam menjayakan agenda reformasi negara.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan