Skip to main content

Dunia

Anwar sedia beri keterangan segera berhubung dakwaan Yusoff Rawther

Presiden PKR Anwar Ibrahim sedia memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dirinya dicabul pemimpin itu pada 2 Okt tahun lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar sedia beri keterangan segera berhubung dakwaan Yusoff Rawther

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 11 Dec 2019 04:35PM Dikemas Kini : 11 Dec 2019 04:38PM

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim sedia memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap dakwaan Muhammed Yusoff Rawther dirinya dicabul pemimpin itu pada 2 Okt tahun lepas.

Encik Anwar dalam satu kenyataan hari ini (11 Dis) menegaskan untuk berbuat demikian bagi membantu polis menyiasat kes itu.

"Merujuk kepada dakwaan fitnah terbaru terhadap saya, saya berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyegerakan siasatan mereka.

"Ingin saya tegaskan bahawa saya bersedia memberi keterangan kepada pihak polis dalam kadar segera untuk membantu siasatan," katanya.

Awal hari ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Encik Huzir Mohamed berkata polis akan memanggil Encik Anwar dan beberapa saksi lain yang berkaitan untuk memberi keterangan menyusuli dakwaan lelaki itu.

Beliau berkata, kesemua saksi itu akan dipanggil setelah polis mendapat tarikh temu janji yang sesuai.

Semalam, Muhammed Yusoff hadir semula di Bukit Aman buat kali kedua untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Pada Sabtu, media melaporkan Muhammed Yusoff membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul supaya polis menyiasat dakwaannya dan dalam laporan sama beliau turut menzahirkan kebimbangan akan keselamatan dirinya yang diancam pihak tertentu.

Pada 4 Dis lepas, bekas pegawai penyelidik itu membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Encick Anwar pada 2 Okt tahun lepas. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan presiden PKR itu yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita