Anwar saman Muhyiddin atas dakwaan gaji RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Selasa (20 Dis) memfailkan saman terhadap Muhyiddin Yassin berhubung ucapan berbaur fitnah mengenai dakwaan beliau menerima gaji sebanyak RM15 juta (S$4.6 juta) semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Encik Anwar, 75 tahun, memfailkan saman itu menerusi Tetuan S.N. Nair & Partners di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, dengan menamakan Encik Muhyiddin, 75 tahun, sebagai defendan tunggal.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Encik Anwar mendakwa pada 5 Disember lalu, Encik Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membuat kenyataan itu dalam satu ucapan semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN, Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah tersebut.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa ucapan dalam ceramah itu diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula di aplikasi TikTok di bawah nama “@beritakini8”, yang mendapat tontonan melebihi 1.1 juta kali, 6,061 komen, melebihi 21,400 butang ‘like’, melebihi 1,360 butang ’favourite’, dan 2,169 kali perkongsian setakat tarikh notis tuntutan plaintif bertarikh 7 Disember.
Dakwanya, kenyataan fitnah itu dipetik oleh MalaysiaKini dan ia diterbitkan menerusi artikel di portal berkenaan bertajuk “MB’s aide to Muhyiddin: Anwar paid RM1 as S’gor economic adviser” pada hari sama (7 Dis).
Encik Anwar mendakwa, pada keesokan hari (8 Dis), keseluruhan ucapan dalam ceramah tersebut diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula oleh Encik Muhyiddin di akaun Facebooknya di bawah nama ‘Muhyiddin Yassin’ dengan mendapat tontonan melebihi 42,000 kali, 506 komen, melebihi 2,800 reaksi dan 48 perkongsian setakat tarikh pemfailan saman itu.
Menurut Encik Anwar, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor sebagai Penasihat Ekonomi dan menipu orang ramai dengan menyatakan bahawa beliau menerima RM1 (S$0.31) sebagai gaji untuk perkhidmatan beliau sebagai Penasihat Ekonomi.
Beliau mendakwa kenyataan-kenyataan fitnah itu dirancang terlebih dahulu bertujuan untuk memperlekehkan, memfitnah reputasi serta perwatakan plaintif secara serius selain memburukkan nama baik dan perwatakannya yang merupakan seorang penyokong teguh kedaulatan undang-undang serta reformasi sosial.
“Dalam memberi kenyataan dalam ucapan itu, jelas defendan berniat jahat dengan tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri (Abdul) Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang beliau (Khalid) menyatakan secara jelas bahawa gaji saya sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1 (S$0.31),” dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Encik Anwar mendakwa Encik Muhyiddin juga keberatan untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut, malah terus menerbitkannya dan tidak memadamkannya sehingga kini, walaupun beliau menafikannya.
Sehubungan itu, Encik Anwar menuntut Encik Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan dan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.
Peguam S.N. Nair, yang mewakili Encik Anwar, ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada pukul 10.30 pagi, Selasa (20 Dis).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.