Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar, Rafizi dilantik Presiden, Timbalan Presiden PKR

Anggaran Waktu Membaca:

SHAH ALAM: Anwar Ibrahim pada Ahad (17 Jul) diumumkan secara rasmi sebagai Presiden parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi sesi 2022-2025 pada Kongres Nasional Ke-16 parti itu selepas menang tanpa bertanding jawatan nombor satu parti pada Pemilihan PKR 2022.

Keputusan kepimpinan baru PKR diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Saiful Izham Ramli.

Bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli pula diumum secara rasmi dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR, menewaskan Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut laman web rasmi PKR, Mohd Rafizi meraih 59,678 undi, manakala Saifuddin Nasution mendapat 43,010 undi. 

Sementara itu, empat jawatan Naib Presiden PKR yang menyaksikan pertandingan 17 penjuru dimenangi Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari (46,075 undi), Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang (34,939), Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad (34,496 undi) manakala Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun (33,230 undi).

Turut diumumkan adalah senarai 20 barisan baru Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipilih oleh 2,665 perwakilan pada Kongres Nasional PKR pada Sabtu (16 Jul).

Berikut adalah senarai penuh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR 2022-2025:

Pengerusi Tetap: Ahmad Kassim

Timbalan pengerusi Tetap: Muhammad Mustafa Ghazanfar

Presiden: Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden: Mohd Rafizi Ramli

Naib Presiden: 

1. Amiruddin Shari 

2. Chang Lih Kang

3. Nik Nazmi Nik Ahmad

4. Aminuddin Harun  

Anggota MPP:

1. Maszlee Malik

2. Akmal Nasrullah Mohd Nasir

3. Romli Ishak

4. Fahmi Zainol

5. Mohd Yahya Mat Sahri

6. Nor Azrina Surip

7. Lee Chean Chung

8. Siti Aishah Shaik Ismail

9. Syed Ibrahim Syed Noh

10. Gerald Hans Isaac

11. Simon Oii Tze Min

12. Wong Chen

13. Raiyan Abdul Rahim

14. Tan Kar Hing

15. Zahir Hassan

16. David Cheong Kian Young

17. Hee Loy Sian

18. Amidi Abdul Manan

19. Elizabeth Wong Keat Ping

20. Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan