Anwar mungkin bebas lambat sedikit, kata Mahathir
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin ditangguhkan.

Gambar: AFP/STR
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa pengampunan dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin ditangguhkan, lapor Malaysiakini.
"Janji kita untuk mendapatkan pengampunan kepada Anwar akan diteruskan, tetapi prosesnya (perlu) diikuti.
"Walaupun sudah diputuskan, Lembaga Pengampunan (Diraja) mungkin bersidang lewat sedikit kerana kita nak ikut peraturan," kata Tun Dr Mahathir di sidang media hari ini (14 Mei), menurut Malaysiakini.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata bahawa Lembaga Pengampunan Diraja akan mengadakan persidangan petang esok (15 Mei) bagi membincangkan hal berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.