Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar: Keputusan PRK Semenyih cerminan perasaan rakyat

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah satu mesej untuk bersama-sama mendengar apakah isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar: Keputusan PRK Semenyih cerminan perasaan rakyat

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 03 Mar 2019 03:31PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 03:34PM

PORT DICKSON: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah satu mesej untuk bersama-sama mendengar apakah isu-isu yang mesti dipertimbangkan dengan lebih mendalam, kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga merupakan Presiden Pakatan Harapan (PH), berkata justeru perlu diambil iktibar dalam apa yang ingin dilakukan sama ada dalam pilihan raya kecil atau besar.

"Kita ada sistem demokrasi, kita ada pilihan dan kami mahukan rakyat tahu kami cuba sedaya upaya untuk rakyat," katanya ketika ditemui oleh para wartawan pada Sabtu (2 Mac).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keputusan PRK Semenyih yang menyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila parti itu berjaya merampas semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi, memenangi persaingan empat penjuru dalam PRK kawasan itu dengan memperolehi 19,780 undi, iaitu majoriti hampir 2,000 undi.

Encik Zakaria menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, yang memperolehi 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mendapat 847 undi; dan calon bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng yang memperolehi 725 undi.

ANWAR AKUR ADA "KETERBATASAN" DALAM PELAKSANAAN PROGRAM

Sementara itu, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata keputusan PRK Semenyih memberi sedikit gambaran tentang perasaan rakyat, terutamanya sentimen yang disuarakan oleh masyarakat Melayu.

"Kami harus ambil kira tetapi kami harus teruskan tugas dengan baik dan saya yakin diberikan sedikit masa, rakyat akan dapat faham mengapa kami ambil langkah-langkah yang sedang diambil dan keterbatasan kami dalam beberapa langkah pelaksanaan program."

Encik Anwar menambah, corak pengundi juga penting untuk parti itu telitikan.

Beliau berkata dalam proses demokrasi, keputusan yang dibuat rakyat dihormati dan itu merupakan hak mereka.

"Sebagai kerajaan iaitu kerajaan negeri Selangor masih kukuh di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan persekutuan di bawah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Saya juga berpendapat Malaysia harus kekal dengan semangat perlembagaan yang telah menjanjikan kedudukan Islam dan Melayu, tetapi mesti tegas dalam memelihara keharmonian kaum dan PH harus mewakili sentimen dan keperluan aspirasi semua kaum," katanya.

Awal sebelum itu, Encik Anwar yang juga merupakan Anggota Parlimen Port Dickson berkata kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir sedang berusaha untuk membawa perubahan kepada rakyat.

Bagaimanapun, hasilnya tidak mungkin dapat dilihat hanya dalam tempoh beberapa bulan.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan