Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim yakin PH dapat sokongan rakyat

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu meraih sokongan rakyat sungguhpun ia berdepan dengan desakan untuk menunaikan janji dalam manifestonya sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim yakin PH dapat sokongan rakyat

Gambar fail Anwar Ibrahim semasa wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Diterbitkan : 29 Apr 2019 11:30PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 11:31PM

BUTTERWORTH: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu meraih sokongan rakyat sungguhpun ia berdepan dengan desakan untuk menunaikan janji dalam manifestonya sejak mengambil alih pentadbiran negara selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamed memerlukan masa untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu dan ini bukannya dapat diselesaikan dalam masa yang sangat singkat.

"Jika kita dapat menunjukkan pencapaian yang baik maka, sokongan (rakyat) itu akan datang kepada kita dan saya yakin kerajaan PH mampu menyelesaikan manifesto (pada PRU lalu) dalam masa setahun dua ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Sembang Santai Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim’ pada Isnin (29 Apr).

Katanya, perkara yang paling penting untuk diberi penekanan ialah menyelesaikan kemelut ekonomi yang menjadi keluhan rakyat seperti kos sara hidup yang tinggi.

"Sekarang ini, kita hendak fokus kepada kedudukan ekonomi dan kadar pengeluaran. Ada beberapa kawasan yang kita telah berjaya turunkan harga, tapi saya percaya dengan desakan rakyat.

“Jika ekonomi dapat diberi perhatian, maka rakyat akan mendapat faedahnya. Itu yang utama," kata Anggota Parlimen Port Dickson itu.

Turut hadir, Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Ditanya mengenai kerjasama UMNO dan PAS, Encik Anwar berkata, gabungan kedua-dua parti itu mampu memberi persaingan kepada PH, namun ini bergantung kepada prestasi dan kapasiti pencapaian wakil rakyat PH.

"Memang saya akui kerjasama itu mampu membentuk gabungan tapi saya tidak nafikan ia akan memberi saingan kepada PH bergantung kepada prestasi dan kapasiti mereka sendiri," katanya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan