Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim tunai janji potong gaji, elaun sebagai PM M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KAJANG: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim menunaikan janjinya untuk memotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri, lapor Utusan Malaysia.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan pemotongan itu berkuat kuasa dalam tempoh berapa lama.

“Saya sudah umumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tidak melihat negeri tanpa mengira agama atau memikirkan gaji, maka saya memilih menolak gaji Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 di Sungai Long Golf & Country Club pada Khamis (24 Nov), seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Perak pada 20 Oktober lalu, Encik Anwar mengumumkan untuk memotong gaji dan elaun sebagai Perdana Menteri jika gabungan berkenaan menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memberi jaminan yang langkah sama akan turut dilaksanakan dalam kalangan menteri dan timbalan menteri.

Katanya, perkara itu akan dilakukan kerana memahami keperitan dan kepayahan rakyat yang terpaksa meneruskan hidup dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan