Anwar Ibrahim tolak kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji, elaun bulanan
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji serta elaun bulanan.

Gambar fail: REUTERS
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji serta elaun bulanan.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya, Encik Anwar berkata sebaliknya, dana itu akan didermakan kepada tabung rakyat miskin.
“Saya juga telah tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya.
Dalam pada itu, Encik Anwar mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen serta fungsi Ketua Pembangkang seperti mana-mana negara demokratik lain.
“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sedia kala,” katanya.
Beliau menambah aspek semak imbang akan terus diperhebat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.