Anwar Ibrahim tidak pertimbangkan galas jawatan Menteri Kewangan M'sia ketika ini
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat, di Putrajaya. 25 Nov. Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim tidak mempertimbangkan untuk memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia ketika ini dalam barisan Kabinetnya yang belum diumumkan lagi.
Encik Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata beliau akan melihat semua kemungkinan sebelum membuat keputusan muktamad.
"Kami akan melihat semua kemungkinan tetapi pada masa ini saya tidak mempertimbangkannya (memegang jawatan Menteri Kewangan)," katanya ketika ditemui Masjid Putra selepas menunaikan solat Jumaat, di Putrajaya pada Jumaat (25 Nov).
Mengulas mengenai hari pertamanya sebagai Perdana Menteri Malaysia secara rasmi, Encik Anwar berkata: “Bagus dan sibuk dengan pelbagai isu yang perlu diselesaikan.”
Encik Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan Malaysia selama lapan tahun antara 1990 hingga 1998 di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Terdahulu, pada sidang media pada hari pertamanya selepas mengambil alih Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Encik Anwar berkata saiz Kabinetnya akan dikurangkan dan beliau juga sedang mendapatkan persetujuan daripada calon menteri untuk mengurangkan gaji mereka.
Encik Anwar berkata pihak yang berkaitan akan mengemukakan senarai calon untuk beliau pertimbangkannya.
Tiga parti komponen terbesar membentuk Kerajaan Perpaduan ialah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Encik Anwar sebelum ini dilaporkan berkata saiz Kabinet akan dikecilkan kepada maksimum 25 menteri sahaja berbanding 31 menteri di bawah pentadbiran sebelum ini.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.