Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim: Tiada tempat untuk LGBT di M'sia

Ketua Umum PKR, Encik Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tiada tempat untuk gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim: Tiada tempat untuk LGBT di M'sia

Gambar fail Encik Anwar Ibrahim. (Gambar: Olivia Harris/Reuters)

Diterbitkan : 26 Sep 2018 11:24PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 11:27PM

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Encik Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan tiada tempat untuk gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Beliau berkata ada prinsip tertentu dalam negara itu yang harus dihormati oleh semua rakyatnya walaupun berbeza bangsa dan agama.

"Baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Hindu dan Buddha semua berpakat dalam pendirian yang sama," katanya ketika berucap di Amanat Perdana Agenda Malaysia Baharu di Bandar Baharu Tunjong, hari ini (26 Sep).

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan, Encik Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Dalam pada itu, Encik Anwar turut menasihati perwakilan yang akan mengundi sempena pemilihan parti yang sedang berlangsung secara berperingkat ketika ini supaya memilih calon yang terbaik dan mengelak berlaku perbuatan rasuah.

"Sebab itu saya sangat keras bila saya perhatikan kepimpinan kita agak lupa dan cuai. Masa pemilihan ada projek... kalau nak sokong kena berkait dengan wang dan sebagainya," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan