Skip to main content

Dunia

Anwar Ibrahim terima gaji RM1 bukan RM15 juta sebagai penasihat eonomi Selangor

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim terima gaji RM1 bukan RM15 juta sebagai penasihat eonomi Selangor

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 07 Dec 2022 07:47PM
SHAH ALAM: Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menerima RM15 juta (S$4.64 juta) semasa menjadi Penasihat Ekonomi Selangor merupakan pengulangan fitnah yang sudah dinafikan berulangkali.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Juwairiya Zulkifli dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya berkata dakwaan itu dilontarkan mantan perdana menteri itu ketika ceramah kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai.  

Katanya dakwaan tersebut sudah berulangkali dinafikan termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar Selangor ketika itu Allahyarham Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Semasa tempoh Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 (S$0.31) setahun. Gaji tersebut tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan. Beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 (S$0.31) tersebut,” katanya.

Cik Juwairiya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati berkata perkara itu juga sudahpun jelas tertera dalam hansard DUN Selangor menerusi jawapan kepada soalan ADUN. 

“Dengan mengitar semula rekaan yang tidak berasas ini menunjukkan keterdesakan dan kemuflisan modal politik PN dalam usaha kempen mereka setelah gagal membentuk Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata tindakan menabur fitnah serta dakwaan palsu bagi mengaburi fikiran rakyat sangat tidak bertanggungjawab dan jelas terkeluar dari nadi politik Melayu-Islam yang selalu mereka dendangkan.

“Saya percaya di pihak Perdana Menteri wajar mengambil tindakan selanjutnya bagi menghalang pengulangan fitnah ini terus dijaja oleh mereka yang bankrap akhlak dan etika dalam berpolitik,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok yang memaparkan Muhyiddin mendakwa Anwar dibayar gaji RM15 juta (S$4.64 juta)semasa menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dalam ceramah politiknya semasa kempen plihan raya Parlimen Padang Serai.      
Sumber : Bernama/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita