Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim setuju hukuman mati mandatori dimansuh

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim setuju hukuman mati mandatori dimansuh

Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori kerana ia memberikan ruang yang lebih kepada hakim sewaktu membuat keputusan.

Menurut beliau, undang-undang sedia ada memaksa hakim untuk menjatuhkan hukuman tanpa ada pilihan, lapor Astro AWANI menukil rencana daripada Sinar Harian. 

Justeru, dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai kepada individu yang disabit kesalahan.

“Mandatori bermakna tiada pilihan diberikan kepada hakim. Jadi, saya menyokong keputusan kerajaan kerana undang-undang sekarang memaksa hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan, lapor Astro AWANI. 

“Tetapi pindaan ini memberikan ruang kepada hakim untuk menilai fakta, bukti dan undang-undang. Hakim pula perlu menjatuhkan hukuman secara adil,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, A Samad Said di Pusat Dagangan Dunia, di Kuala Lumpur pada Ahad (12 Jun). 

Pada Jumaat (10 Jun) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara mahkamah.

Keputusan itu kata beliau, dicapai menyusuli pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu (8 Jun), lapor Astro AWANI. 

Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Jemaah Menteri sudah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] 2 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan