Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim Presiden baru Parti Keadilan Rakyat esok

Encik Anwar Ibrahim secara rasmi akan menjadi Presiden baru Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2018 07:55PM Dikemas Kini : 17 Nov 2018 09:22PM

MALAYSIA: Encik Anwar Ibrahim secara rasmi akan menjadi Presiden baru Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok (18 Nov).

Beliau menggantikan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail setelah menang tanpa bertanding bagi menyandang jawatan itu dalam pemilihan kepimpinan parti baru-baru ini.

PKR adalah parti komponen terbesar dalam kerajaan Pakatan Harapan dan Dr Wan Azizah sudah memimpinnya selama lebih 20 tahun.

Dalam ucapan terakhirnya sebagai Presiden di Kongres Nasional PKR ke-13 hari ini (17 Nov), Dr Wan Azizah menyeru para anggota supaya teguh dalam memperjuangkan pembaharuan dan hak-hak rakyat.

Semasa pemilihan kepimpinan parti yang baru berakhir, Dr Wan Azizah tidak bertanding.

Namun Kongres Nasional ini mencadangkan agar Dr Wan Azizah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat PKR.

Ia sebagai mengiktiraf jasa beliau memimpin PKR sebagai Presiden pertama parti itu yang ditubuhkan dalam tahun 1999.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan