Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim positif COVID-19

Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hari ini (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim positif COVID-19

Encik Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh REUTERS pada September 2020. (Gambar fail: REUTERS)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hari ini (21 Mac).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit beliau, Shukri Saad dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah didapati positif COVID-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini," katanya seperti dinukil Astro AWANI.

Menurutnya, Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Pada Ahad (20 Mac), Anwar menghadiri Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 yang berlangsung di Shah Alam.

Turut disahkan positif di majlis yang dihadiri beliau itu adalah Mentor DAP, Lim Kit Siang.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan