Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim nafi bakal bertanding kerusi parlimen Ampang

Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.

Anggaran Waktu Membaca:
BATU KAWAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim hari ini (25 Sep) menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Encik Anwar berkata beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.

"Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Wanita Keadilan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.

Encik Mohd Rashid, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Encik Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada PRU15 kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan