Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding, kekal Presiden PKR

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding, kekal Presiden PKR

Anwar Ibrahim berucap di Dewan Rakyat pada 6 Okt 2021 (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menepati ramalan kekal mempertahankan kerusi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi tempoh 2022 hingga 2025 apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada pemilihan PKR 2022.

Mengesahkan perkara berkenaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, ini merupakan satu penghormatan terbesar daripada akar umbi parti.

"Mengulangi sejarah Pemilihan Keadilan 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara @anwaribrahim,” katanya dalam satu ciapan dalam akaun Twitternya hari ini (12 Apr). 

Sehingga pukul 11.59 malam Isnin (11 Apr), apabila proses pencalonan ditutup, Anwar merupakan satu-satunya calon yang menamakan diri bagi jawatan berkenaan.

Proses pencalonan pemilihan PKR 2022 bermula Jumaat lalu (8 Apr) sehingga Ahad (10 Apr) bagi peringkat cabang manakala bagi jawatan tertinggi, proses pencalonan dilaksanakan semalam (11 Apr). 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan