Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim membayangkan Nurul Izzah akan bertanding semula di Permatang Pauh

Anggaran Waktu Membaca:
BAYAN BARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim membayangkan bahawa anaknya, Nurul Izzah, besar kemungkinan mempertahankan kerusi parlimennya di kawasan undi Permatang Pauh, Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya bagi 'scoop', kemungkinan besar ke arah itulah (bertanding di Permatang Pauh)", kata Encik Anwar semasa menjawab pertanyaan wartawan di satu acara Pakatan Harapan, PH, di Pulau Pinang malam semalam (22 Okt).

Sebelum ini timbul desas-desus bahawa Nurul Izzah akan bertanding di kawasan undi Ampang untuk bersaing dengan bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Cik Zuraida menang kerusi parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Umum tahun 2018.

Bagaimanapun dua tahun kemudian Cik Zuraida berpindah ke parti Bersatu dan tahun ini menyertai pula Parti Bangsa Malaysia (PBM) di mana beliau kini presiden parti itu.

Permatang Pauh dianggap sebagai kawasan undi keluarga Anwar dan kubu kuat PKR.

Selama 9 penggal sejak tahun 1982, kerusi parlimen Permatang Pauh dimenangi Anwar, isterinya Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Dalam perkembangan lain Encik Anwar yang juga Pengerusi PH, berkata pembahagian kerusi pakatan itu sudah selesai.

Bagaimanapun soal senarai calon akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Encik Anwar berkata calon-calon PH kelak adalah mereka yang berwibawa dan mempunyai dasar perjuangan yang jelas.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan