Skip to main content

Dunia

Anwar Ibrahim ingin wujudkan budaya tidak bazir dana kerajaan; enggan beli kereta rasmi baru, ubah suai pejabat PM

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim ingin wujudkan budaya tidak bazir dana kerajaan; enggan beli kereta rasmi baru, ubah suai pejabat PM

(Gambar: Wazari Wazir/Malaysia's Department of Information/AFP)

KAJANG: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata bahawa kerajaan tidak akan membeli kereta rasmi baru untuk kegunaannya atau melakukan sebarang pengubahsuaian di pejabatnya.

Jelas Encik Anwar, ini kerana beliau ingin mewujudkan budaya tidak membazirkan dana kerajaan sebagaimana amalan pentadbiran terdahulu.

"Mereka sebut umpamanya karpet (di JPM) itu ada yang pecah. Saya kata tak apa, ubah suai sikit-sikit cukup. Jangan beli yang baru.

"Jadi ini sebagai mesej kepada semua pimpinan jabatan yang lain supaya ingat dalam keadaan sekarang kita patut mulakan budaya baru. Jangan gunakan wang kerajaan untuk kemudahan kita.

"Fikirkan ini boleh jimat RM100 (S$30.71), RM1000 (S$307.08), RM10,000 (S$3070.76) itu boleh dipulangkan kepada rakyat yang susah. Saya mulakan dari situ selain tidak ambil gaji,” katanya kepada wartawan selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin di Sungai Long, Kajang.

Pada Ahad (27 Nov), Encik Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi tumpuan kepada mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, lapor Malaysiakini. 

Beliau akan menghadiri mesyuarat khas Majlis Tindakan Kebangsaan 2022 mengenai 'kos sara hidup' di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada pukul 11.00 pagi Isnin (28 Nov). 

Encik Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata menangani kenaikan kos sara hidup akan menjadi keutamaannya sebagai perdana menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu enggan menerima gaji perdana menteri dan hanya akan mendapat elaun yang dibayar kepada ahli parlimen.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita