Anwar Ibrahim guna kenderaan sedia ada di pejabat, tolak Mercedes S600

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.
Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas beliau.
“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” katanya.
Encik Anwar, 75 tahun, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada Khamis (24 Nov), sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.