Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10 M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-10 M'sia
Diterbitkan : 24 Nov 2022 02:05PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 02:19PM
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis (24 Nov) berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan pada Khamis berkata pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Al-Sultan Abdullah memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pada Khamis bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat, kata beliau.

lstiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia akan berlangsung pada pukul 5.00 petang di lstana Negara.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan