Anwar Ibrahim dedah Dr Mahathir & Muhyiddin pernah berpakat haramkan UMNO
Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar Ibrahim di acara Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah pada 15 Jul 2023. (Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook)
JERAI: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim mendedahkan Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin pernah merancang untuk mengharamkan UMNO semasa masih lagi berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, menurut beliau, turut menjadi sasaran kerana mengetahui rancangan untuk mengharamkan parti tersebut.
“Saya cerita pengalaman bagaimana Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin pakat untuk haramkan UMNO. Saya ke rumah Muhyiddin, memang tegang. Saya lawan UMNO masa itu, tetapi saya tak setuju haramkan UMNO," ujar Encik Anwar.
“UMNO ada sejarah sendiri, sejarah perjuangan kebangsaan, ini parti ibu bapa saya. Saya beza pendapat, tapi haramkan itu bukan penyelesaian."
Berucap di acara Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah pada Sabtu (15 Jul), beliau menambah: “Kita tak boleh padam sejarah, alasan apa nak haramkan? Kalau dalam politik kita lawan, dia kata tak boleh, keputusan sudah dibuat.”
Utusan Malaysia melaporkan, Encik Anwar turut mendedahkan dirinya ada berbincang mengenai perkara itu bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu serta Lim Guan Eng yang ketika itu Setiausaha Agung DAP. Mereka juga tidak bersetuju dengan rancangan berkenaan.
Perkara ini membuat Encik Anwar membangkitkan persoalan, sama ada ahli dan penyokong UMNO, masih mahu memberi undi kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, menurut Utusan Malaysia.
“Saya nak beritahu orang UMNO yang goyang (was-was) sekarang ini. Sanggupkah kamu beri dukungan kepada parti dia (Bersatu) yang (sewaktu) berkuasa akan mengharamkan parti keramat kamu?
“Apa jenis manusia yang boleh khianat amanah? Dia marah Zahid pasal apa? Sebab Zahid mengambil pendirian yang tegas kerana dia tahu sejarah ini. Masa dia lemah minta pertolongan UMNO. Andai kata dia kuat, UMNO memang nak diharamkan kerana Bersatu dari awal ditubuhkan untuk ganti UMNO," soal Encik Anwar.
“Saya bukan ahli UMNO, tapi saya tidak boleh faham politik apa sampai begini. Beza pendapat dengan Zahid tidak mengapa, nak kritik boleh. Tapi salah dia apa (adakah) kerana dia bersama Kerajaan Perpaduan, konon kerana gadai prinsip kepada DAP?,” tanya beliau lagi.
Di samping itu, Encik Anwar mendedahkan terdapat dokumen menunjukkan sebilangan mantan menteri daripada UMNO yang kini meninggalkan parti itu sebelum PRU15 mempunyai rekod tidak bersih termasuk melakukan penyelewengan.
“Ramai mantan menteri bersama mereka yang tinggalkan UMNO, saya nak bagi ingatan, mereka cakap berdegar kata Zahid penipu, Anwar penipu, mereka pura-pura Islam.
“Hang (mantan menteri) tengok muka di cermin, mantan menteri ada yang pernah ‘text’ pada saya minta usah bercakap soal rasuah dan tatakelola, minta saya bekerja," ujarnya seperti yang ditukil Utusan Malaysia.
“Mantan menteri ini bercakap seolah kita tak buat apa, dialah pejuang Islam, pejuang Melayu. Saya kata tengok cermin, tengok rekod, tengok kontrak, tengok berapa tanah kamu ambil, berapa banyak kamu sakau, kamu jaga baik-baik."

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.