Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim dakwa ada tentera sudah undi, 'penipuan' harus henti

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar Ibrahim dakwa ada tentera sudah undi, 'penipuan' harus henti

(Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)

KUALA NERUS, Terengganu: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, pada Jumaat (11 Nov) mendakwa ada anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum(PRU15) kali ini, lapor Malaysiakini.

Pengundian awal seharusnya berlangsung pada 15 Nov.

Berucap di majlis ramah mesra di Kuala Terengganu hari ini, pengerusi PH itu turut mendakwa anggota tentera terbabit dibayar RM300 (S$89.42) untuk berbuat demikian.

“Saya dapat maklumat sahih bahawa anggota tentera, undi pos telah mula mengundi pagi ini, (dan ia) melanggar peraturan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), terutama untuk (kawasan) parlimen Bera dan (mereka) dibayar RM300,” katanya di hadapan sekitar 100 hadirin yang hadir pada majlis itu, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Encik Anwar yang juga calon Pakatan Harapan (PH) untuk kawasan parlimen Tambun di Perak berkata, beliau menggesa SPR segera bertindak menyiasat kejadian tersebut.

“Saya nak nasihatkan SPR, supaya mengambil tindakan tegas sekarang supaya tidak mencemarkan pelaksanaan pilihan raya,” katanya.

SPR menetapkan hari mengundi ialah pada 19 Nov ini menakala bagi pengundian awal, pemilih yang terlibat boleh mengundi pada 15 Nov.

Encik Anwar juga berkata, apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan Umno-BN kini berada pada “tahap yang parah”, tanbah laporan Malaysiakini itu lagi.

“Jelas, Ismail Sabri Yaakob (perdana menteri sementara) dan menteri pertahanan (Hishamuddin Hussien) cemas.

"Mereka tahu BN berada di tahap paling parah sekarang dan mereka bersekongkol dengan PN untuk memastikan ada penipuan dalam proses pilihan raya," katanya.

Kesal dengan kejadian yang berlaku itu, Encik Anwar turut meminta keadaan dibetulkan.

Untuk itu, katanya, 'undi' yang dilakukan oleh anggota keselamatan terbabit mesti dibatalkan dan mereka mengundi semula pada tarikh yang dinyatakan SPR iaitu pada 15 Nov ini.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan