Anwar Ibrahim bertegas syarikat swasta tidak biaya lawatan kerjanya ke 4 negara
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk lawatan kerjanya ke empat negara.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta untuk lawatan kerjanya ke empat negara.
Beliau sebaliknya menjelaskan, kerajaan Malaysia membelanjakan RM1.6 juta (S$482,542) menggunakan dana kerajaan bagi menampung kos penerbangan delegasi.
"Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS (Malaysia Airlines) untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya.
"Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara terbabit untuk tujuan pelaburan atau usaha sama," katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin (25 Nov), lapor BH Online.
Encik Anwar berkata, syarikat-syarikat swasta tersebut membayar kos masing-masing yang berjumlah RM4.5 juta (S$1.3 juta).
"Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta (S$755,357) untuk empat negara. Namun dengan perkongsian ini, kos untuk kerajaan hanya RM1.6 juta.
"Saya ulang, kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan," katanya, seperti dinukil BH Online.
PM Anwar sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat minggu lalu memaklumkan kos sekitar 70 hingga 80 peratus yang dibelanjakan membabitkan perjalanan dan lawatan rasminya ke empat negara dibayar oleh syarikat swasta yang turut mengikuti urusan itu.
Beliau berkata ia adalah pendekatan lain di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan bagi membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan dengan secekap mungkin.
Kenyataan PM Anwar itu menimbulkan bantahan serta kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang, yang mendakwa kemungkinan wujud perselisihan kepentingan atas pembiayaan oleh syarikat swasta itu.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.