Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar Ibrahim akan pertahan kerusi Presiden PKR

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi yang disandangnya dalam pemilihan parti.

Perkara itu diumumkan oleh pejabatnya melalui kenyataan ringkas pada Isnin (11 Apr), lapor Malaysiakini.

“Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari,” menurut pejabat itu.

Setakat ini tidak ada pihak yang mengumumkan akan mencabarnya.

Menurut laporan Malaysiakini, kerusi tumpuan setakat ini hanya berlegar sekitar jawatan nombor dua yang dikatakan akan ditandingi oleh Naib Presiden Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan