Anwar Ibrahim adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim pada Selasa (6 Dis) mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.
Encik Anwar berkata beliau menghargai kesudian mantan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.
“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Selasa malam.
Beliau turut memuat naik sekeping gambar yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.
Encik Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum ke-15 manakala Encik Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.