Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar cadang debat terbuka PRN Melaka antara calon Ketua Menteri dari PH, BN dan PN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menyambut baik kesediaan kerajaan menimbangkan memberi ruang kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk daripada pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar cadang debat terbuka PRN Melaka antara calon Ketua Menteri dari PH, BN dan PN

Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 07:33PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 07:37PM

MELAKA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim menyambut baik kesediaan kerajaan menimbangkan memberi ruang kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk daripada pembangkang untuk berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Justeru Encik Anwar mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara calon Ketua Menteri daripada PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) disiarkan melalui media rasmi kerajaan.

"Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini (11 Nov).

Setakat ini, BN menamakan Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri manakala Adly Zahari mewakili PH dan PN belum membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dilaporkan berkata kerajaan bersedia menimbangkan memberi ruang itu kerana memahami kesulitan dialami semua parti politik terutama calon baru untuk berkempen dalam suasana norma baru.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka ketika itu.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan