Skip to main content

Dunia

Anwar bincang isu Myanmar, mata wang kripto dengan Thaksin

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim bertemu dengan mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra pada Ahad (2 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Anwar bincang isu Myanmar, mata wang kripto dengan Thaksin

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra di Kuala Lumpur pada Ahad. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

Diterbitkan : 03 Feb 2025 12:22PM Dikemas Kini : 03 Feb 2025 12:45PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim bertemu dengan mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra pada Ahad (2 Feb).

PM Anwar berkata pertemuannya dengan Encik Thaksin yang mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal pengerusi ASEAN bagi membincangkan pelbagai perkara penting termasuk situasi di Myanmar dan pembangunan mata wang kripto.

"Pada sebelah malam, kami teruskan perbincangan ini bersama mantan menteri luar Singapura, George Yeo," kata PM Anwar menerusi catatan Facebook yang dimuat naik pada Ahad malam.

Pada 16 Disember lalu, Encik Anwar mengumumkan pelantikan Encik Thaksian sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Januari lalu, iaitu kali kelima sejak ASEAN ditubuhkan pada 1967.

Malaysia pernah menjadi pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita