Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anwar berhasrat jadi Anggota Parlimen seawal Oktober

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, berharap dapat kembali menjadi anggota parlimen seawal bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2018 06:12PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 09:31PM

PULAU PINANG: Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, berharap dapat kembali menjadi anggota parlimen seawal bulan depan.

Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun belum mendedahkan kawasan parlimen yang akan ditandinginya.

Bercakap di Pulau Pinang malam semalam (1 Sep), Encik Anwar berkata beliau akan mendedahkan kawasan undi itu tidak lama lagi selepas berbincang dengan pelbagai pihak.

Namun apa yang pasti, ia bukan kawasan undi Permatang Pauh yang kini diwakili anak perempuannya, Nurul Izzah.

Encik Anwar ialah bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat, yang merupakan parti terbesar dalam Pakatan Harapan yang kini menerajui Malaysia.

Genap 20 tahun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat beliau, yang ketika itu menjadi Timbalannya, berhubung dakwaan liwat.

Namun mereka kini kembali bersatu dalam Pakatan Harapan.

Encik Anwar berkata: "Saya syukur, Alhamdulillah. Ya, 20 tahun genap, baru teringat, terima kasih.

"Saya sebut tadi, muafakat saya dan juga kerjasama saya dengan Tun Mahathir dalam kerajaan itu luar biasa, belum pernah berlaku dan kemudian sejarah menunjukkan bahawa perseteruannya juga paling sengit dalam sejarah tapi Allah mentakdirkan kita muafakat semula untuk kepentingan negara."

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan