Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anugerah Kreatif Akademi Asia terima 47 pencalonan

Sekitar 47 pencalonan diterima bagi Anugerah Kreatif Akademi Asia yang mengiktiraf karya terbaik dalam industri media serantau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2018 09:14PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 10:59PM

CANNES: Sekitar 47 pencalonan diterima bagi Anugerah Kreatif Akademi Asia yang mengiktiraf karya terbaik dalam industri media serantau.

Jumlah pencalonan yang diterima Singapura adalah yang paling tinggi dalam kalangan 16 buah negara yang menyertai pertandingan itu, termasuk Malaysia, Filipina dan India.

Anugerah itu merangkumi pelbagai kategori, termasuk Drama Terbaik dan Pengarah Fiksyen terbaik.

Pelakon tempatan Oon Shu An mewakili Singapura dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik melalui wataknya dalam filem "How To Be A Good Girl". Siri drama televisyen "Sacred Games" akan mewakili India dalam kategori Siri Drama Terbaik.

Para pemenang akan diumumkan dalam majlis Festival Media Singapura yang bakal diadakan pada bulan depan.

Anugerah itu dianjurkan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di acara MIPCOM, iaitu pameran dagangan media tahunan. 

Sumber : CNA/SS/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan