Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Antonio Guterres gesa pemulihan jadi azam Tahun Baru 2022

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Tahun Baru pada Selasa (28 Dis) menyeru semua pihak agar berusaha ke arah pemulihan yang memberi manfaat kepada manusia, planet dan kemakmuran, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Antonio Guterres gesa pemulihan jadi azam Tahun Baru 2022

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres. (Gambar: AFP)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam perutusannya sempena Tahun Baru pada Selasa (28 Dis) menyeru semua pihak agar berusaha ke arah pemulihan yang memberi manfaat kepada manusia, planet dan kemakmuran, lapor Xinhua.

"Dunia mengalu-alukan ketibaan tahun 2022 dengan harapan demi masa depan, yang sebelum ini diuji dengan kemiskinan tegar dan ketidaksamaan yang semakin parah... pengedaran vaksin COVID tidak saksama... gagal memberi komitmen terhadap iklim, konflik berterusan, perpecahan dan maklumat salah," kata Encik Guterres.

“Ia bukan sekadar ujian terhadap dasar tetapi ujian moral dan kehidupan sebenar," tambahnya.

“Semua pihak mampu menghadapi ujian ini sekiranya kita berusaha menjadikan 2022 sebagai tahun pemulihan untuk semua," kata setiausaha agung itu.

Encik Guterres kemudian menggariskan langkah pemulihan yang perlu dilakukan serta kepentingan agar setiap individu diberi vaksin terhadap wabak COVID-19.

Bagi pemulihan ekonomi, beliau menekankan bahawa negara kaya harus menyokong negara membangun dengan "pembiayaan, pelaburan dan pelepasan hutang".

Sementara itu, Encik Guterres menegaskan bahawa tumpuan perlu diberi terhadap "sains, fakta, dan hujah" bagi menangani isu ketidakpercayaan serta perpecahan.

Beliau turut menyatakan bahawa "saat sukar boleh menjadi detik kepada penyatuan dan perpaduan" kerana ia menawarkan peluang "bersatu mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua".

“Bersama-sama, mari kita jadikan pemulihan sebagai azam kita untuk 2022,” pinta setiausaha agung itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan