Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Antonio Guterres gesa dunia bantu Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Setiausaha-Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merayu kepada dunia supaya membantu Pakistan selepas beliau tiba di negara tersebut pada Jumaat (9 Sep) dan melihat kerosakan akibat banjir yang meragut nyawa ratusan orang serta menyebabkan setengah juta yang lain menjadi gelandangan.

Lawatan beliau itu dibuat kurang dua minggu selepas Encik Guterres merayu bagi dana kecemasan AS$160 juta (S$223 juta) untuk membantu mangsa hujan monsun dan banjir yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya AS$10 bilion (S$14 bilion) serta meragut 1,391 nyawa.

"Saya sudah sampai di Pakistan untuk menzahirkan perpaduan yang mendalam dengan rakyat Pakistan selepas banjir teruk di sini. Saya merayu sokongan daripada masyarakat antarabangsa supaya membantu Pakistan bangkit daripada bencana iklim ini," menurut catatan beliau di Twitter sebelum subuh.

Minggu lalu, Ketua PBB itu memberi amaran keras tentang kesan akibat perubahan iklim.

"Ayuh berhenti membiarkan sahaja kemusnahan berlaku di atas bumi kita disebabkan perubahan iklim," kata beliau menerusi satu mesej melalui video dalam satu majlis di Islamabad pada waktu itu. "Hari ini, Pakistan. Esok, mungkin berlaku di negara anda."

Setakat ini, agensi PBB dan beberapa negara sudah menghantar bantuan. Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia akan memberi bantuan sebanyak AS$30 juta (S$42 juta) untuk membantu mangsa banjir.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan