Skip to main content

Dunia

Antibiotik alternatif ditemui bagi rawatan jangkitan saluran darah serius

Satu kajian yang diketuai Australia baru-baru ini mahu membuktikan bahawa sejenis antibiotik alternatif mungkin sama berkesan seperti antibiotik Meropenem bagi merawat jangkitan saluran darah yang serius.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Oct 2018 10:16PM Dikemas Kini : 23 Oct 2018 10:19PM

AUSTRALIA: Satu kajian yang diketuai Australia baru-baru ini mahu membuktikan bahawa sejenis antibiotik alternatif mungkin sama berkesan seperti antibiotik Meropenem bagi merawat jangkitan saluran darah yang serius.

Kajian itu dilakukan sedang bakteria E coli dan Klebsiella yang menyebabkan jangkitan tersebut menjadi semakin kebal terhadap kebanyakan antibiotik.

Dalam kajian tiga tahun itu, para penyelidik membahagikan kedua-dua antibiotik sama rata kepada kira-kira 380 pesakit di sembilan negara.

Kesemua pesakit dimasukkan hospital kerana menghidapi pelbagai jangkitan dan mempunyai bakteria kebal antibiotik dalam saluran darah mereka.

Para penyelidik mendapati kadar kematian bagi mereka yang diberi antibiotik alternatif tiga kali lebih tinggi berbanding mereka yang diberi Meropenem.

Hasil kajian itu menekankan pentingnya memastikan rawatan antibiotik yang betul dilakukan.

Sumber : Agensi berita/HZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita