Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anthony Loke Menteri pilihan rakyat M'sia dalam Kerajaan Perpaduan; Zahid Hamidi paling bawah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setiap apa jua tindak-tanduk dilakukan Kerajaan Perpaduan terutama kalangan jemaah menteri sentiasa menjadi pemerhatian rakyat.

Aspirasi dan misi yang mahu dibawa jemaah menteri perlu terkesan di hati rakyat bagi menentukan tahap kepuasan hati masyarakat terhadap khidmat yang diberikan.

Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menunjukkan,
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berada di tangga teratas bagi skor tahap berpuas hati rakyat terhadap jemaah menteri, lapor Astro AWANI.

Encik Loke mendapat skor 49 peratus, manakala, Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim di tangga kedua, dengan skor 40 peratus.

Kaji selidik itu juga menunjukkan, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di tangga ketiga dengan skor berpuas hati sebanyak 39 peratus , Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; 34 peratus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said; 33 peratus, dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; 30 peratus.

Menurut laporan Astro AWANI itu lagi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memperoleh skor 28 peratus, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub; 27 peratus, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek masing-masing mendapat skor 26 peratus.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memperoleh skor berpuas hati rakyat sebanyak 25 peratus, manakala, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi berada di kedudukan paling bawah dengan memperoleh skor berpuas hati rakyat sebanyak 15 peratus.

Tinjauan ini merupakan sentimen rakyat berhubung prestasi dan populariti pentadbiran Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebanyak 35,077 respons berjaya diperoleh daripada pembaca dan pelayar agensi media dan berita dari seluruh negara.

Pengumpulan data kajian telah dijalankan selama 10 hari bermula 6 Februari hingga 16 Februari.

Kerjasama kajian dijalankan antara firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana Malaysia, Sinar Harian, Astro AWANI, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban.
Sumber : Agensi berita/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan