Annuar Musa sedia dipilih sebagai calon PRN
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Tan Sri Annuar Musa)
BACHOK: Presiden Muafakat Nasional (MN) Annuar Musa memberi bayangan beliau sedia membuat pertimbangan jika diberi peluang oleh PAS untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Encik Annuar berkata, bagaimanapun beliau lebih selesa memberi laluan kepada tokoh-tokoh lain yang sudah lama bersama PAS untuk diangkat sebagai calon, lapor Sinar Harian.
"Saya masih ahli baru. Sebagai orang baru kena beri laluan kepada ahli lama dulu.
"Tak jadi calon tidak mengapa, bukan satu masalah. Saya serah kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan," katanya semasa sidang media pada malam Rabu (5 Jul).
Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah Pakat Pertahan Kelantan: PAS Pilihanku di Bachok.
Menurut Encik Annuar, pemilihan individu untuk menjadi calon PAS berbeza dengan 'amalan' parti lamanya iaitu UMNO.
Ujarnya, selepas melalui tapisan oleh Majlis Syura Ulama nama-nama calon akan diturunkan kembali kepada badan perhubungan negeri dan akar umbi sebelum diisytiharkan sebagai calon untuk PRN nanti, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Media sebelum ini melaporkan, Majlis Syura Ulama PAS dijangka melakukan tapisan calon parti itu bagi menghadapi PRN pada Jumaat (7 Jul) ketika desas-desus mantan Ahli Parlimen Ketereh, Encik Annuar yang baru menyertai parti itu, mungkin tersenarai sebagai calon di Kelantan.
Segala keputusan berkenaan diserahkan kepada Perhubungan PAS negeri itu, selain proses tapisan Majlis Syura Ulama dijadual diadakan pada Jumaat ini.
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata nama Encik Annuar adalah antara yang mungkin diletakkan dalam senarai calon yang akan dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama PAS bagi tapisan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.