Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Annuar Musa antara 3 individu dilucutkan keahlian UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
Annuar Musa antara 3 individu dilucutkan keahlian UMNO

Annuar Musa. (Gambar fail: Bernama)

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan hari ini (9 Dis) mengesahkan bahawa Annuar Musa adalah antara tiga anggota yang dilucutkan keahlian hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu semalam (8 Dis).

Selain Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, Encik Ahmad berkata turut dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran Fatimah Kassim dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Shamsiah Yassin.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata tindakan pelucutan keahlian itu adalah mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO selepas ketiga-tiga mereka didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO yang juga berkaitan tata etika ahli.

“Tiga orang telah dilucutkan keahlian - Fatimah Kassim, Shamsiah Yassin dan Annuar Musa berkuat kuasa serta-merta. Surat (pelucutan keahlian) akan diserahkan hari ini,” katanya kepada para pemberita selepas Program Khatan Perdana Anjuran Masjid Kampung Jawa Ulu hari ini.

Jelas Encik Ahmad lagi, Cik Fatimah merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib manakala Cik Shamsiah pula adalah isteri kepada Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim.

Encik Ismail dan Encik Shahidan, yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) turut berjaya mempertahankan kerusi Parlimen masing-masing.

Encik Ahmad berkata dalam masa yang sama, UMNO juga sedang meneliti senarai ahlinya yang disyaki melanggar perlembagaan parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Kita kini sedang meneliti seluruh senarai ahli yang menjadi calon bebas, jadi pencadang dan penyokong selain calon UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

“Perkara ini memerlukan masa dan perlu pengesahan daripada UMNO Bahagian, minta bahagian hantar laporannya,” katanya.

Awal dari itu, keahlian Cik Shamsiah dan Cik Fatimah digantung sementara sejak 13 Nov lalu atas dakwaan terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada PRU15.

Sumber : Bernama/AW/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan