Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anna Jobling bercuti dengan peminat selepas menang rangkul trofi Aktres TV Popular

Anggaran Waktu Membaca:
Anna Jobling bercuti dengan peminat selepas menang rangkul trofi Aktres TV Popular

(Gambar: Instagram/annajobling)

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Anna Jobling menunaikan janji bercuti bersama peminat selepas berjaya merangkul trofi Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35, baru-baru ini.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling, 23 tahun, mengakui lega berjaya mencuri masa bersama ahli kelab peminat di Ipoh, Perak pada hujung minggu lalu.

"Menang atau kalah, itu lain cerita, tetapi apa yang pasti, saya mahu meluangkan masa bersama peminat untuk menghargai usaha mereka.

"Alhamdulillah, saya diberikan peluang. Walaupun singkat, ia sangat bermakna buat saya," katanya kepada Berita Harian Online.

Percutian dua hari satu malam yang berlangsung di Taman Tema Sunway Lost World of Tambun itu dihadiri oleh lebih 40 ahli kelab peminat.

Anna berkata, percutian itu adalah tanda penghargaannya atas usaha dan masa yang dikorbankan oleh peminat yang bersengkang mata mengundinya.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada setiap peminat dan penyokong yang mengundi. Tak kira di mana mereka berada, sama ada Malaysia, Indonesia, Singapura sehinggalah Brunei.

"Kalau boleh saya nak peluk setiap orang dan ucapkan terima kasih. Jujurnya, saya amat terharu dan tiada kata yang boleh menggambarkan perasaan terima kasih saya atas sokongan semua," katanya.

Selain memenangi trofi Aktres TV Popular, Anna yang buat kali pertama tercalon dan bolos kelompok Top 5 turut membawa pulang trofi bagi kategori BBNU Wanita Popular, Pasangan TV Popular dan Drama Popular menerusi drama yang banyak melonjakkan namanya, Melur Untuk Firdaus, seperti dinukil laporan Berita Harian.

Dalam perkembangan lain, Anna akan ke Bali, Indonesia sekitar pertengahan bulan ini untuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk terbitan platform penstriman Over The Top (OTT), MNC TV.

"Saya takut dan gementar, tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku, saya juga tidak sabar timba pengalaman baharu dan kongsikan bersama peminat saya," katanya yang tetap akan berulang alik ke Kuala Lumpur.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan