Skip to main content

Dunia

Angkasawan wanita pertama Saudi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada 21 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Angkasawan wanita pertama Saudi berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada 21 Mei

Gambra Hiasan. (Gambar: HO/NASA/AFP)

ANKARA: Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), NASA.

Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik barah payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, dedah NASA.

Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.

Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.

Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita