Skip to main content

Dunia

Angkasawan misi Crew-2 dijadual pulang ke Bumi dari ISS esok

Empat angkasawan dijadual pulang ke bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada awal Isnin (8 Nov) setelah lebih enam bulan di angkasa lepas, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Anggaran Waktu Membaca:
Angkasawan misi Crew-2 dijadual pulang ke Bumi dari ISS esok

Angkasawan Perancis Thomas Pesquet. (Gambar: AFP)

WASHINGTON: Empat angkasawan dijadual pulang ke bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada awal Isnin (8 Nov) setelah lebih enam bulan di angkasa lepas, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Empat anggota misi Crew-2 termasuk dua angkasawan dari Perancis dan Jepun, akan pulang ke bumi sebelum ketibaan angkasawan pengganti, yang pelancaran mereka ke angkasa lepas tertangguh beberapa kali disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak sesuai.

Dalam kenyataannya, NASA turut mendedahkan pada lewat Jumaat (5 Nov) bahawa anggota Crew-2 dijadual pulang ke bumi selewat-lewatnya pukul 7.14 pagi (1214GMT) pada Isnin dan dijangka mendarat di perairan Florida.

"Sedang kami bersiap sedia untuk pulang, ia seperti satu perasaan sedih bercampur gembira, kami mungkin tidak dapat kembali melihat ISS dan ia benar-benar satu tempat yang luar biasa," kata angkasawan dari Perancis Thomas Pesquet pada Jumaat dalam satu sidang media dari ISS.

"Saya bersyukur kerana terdapat individu yang mendapat ilham tentang ISS suatu ketika dahulu dan mereka berusaha dan saling bekerjasama untuk merealisasikan impian itu dan mereka membinanya demi manfaat semua orang," kata Pesquet.

Endeavour, iaitu kapal angkasa Crew Dragon itu, dijadual berlepas dari ISS pada pukul 6.05 petang pada Ahad untuk memulakan perjalanan pulang ke bumi.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita