Angkasawan China kembali ke bumi selepas misi 6 bulan 'berjaya'
Anggaran Waktu Membaca:

(Dari kiri) Komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe. (Gambar: Sumber Web)
BEIJING: Tiga angkasawan China mendarat dengan selamat di bumi pada Ahad (4 Dis) menaiki kapsul kemasukan semula kapal angkasa Shenzhou-14, lapor penyiar negeri, CCTV.
Ia sekaligus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.
Tiga angkasawan tersebut ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe.
Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.
Mereka berkata semuanya dalam keadaan yang sihat selepas mendarat, menurut audio yang dirakam dan disiarkan di CCTV.
Kapsul itu mendarat di tapak Dongfeng di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada pukul 8.09 malam.
Kakitangan agensi angkasa lepas itu mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu "berjaya," lapor CCTV.
Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas pukul 9.00 malam, ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul tersebut dengan selamat, lapor CCTV.
Anak kapal dengan tiga angkasawan baru China tiba di stesen angkasa lepas pada Rabu (30 Nov) dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang.
Stesen angkasa lepas mewakili satu peristiwa penting dalam program angkasa lepas selama tiga dekad China.
Ia pertama kali diluluskan pada tahun 1992.
Ia juga menandakan permulaan kediaman kekal China di angkasa lepas.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.