Skip to main content

Dunia

Angkasawan Arab pertama ke ISS pulang ke bumi pada 3 Okt

Rakyat Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang mencatat sejarah sebagai kaum Arab pertama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dijangka kembali ke bumi hari ini (3 Okt) selepas melengkapkan misi selama lapan hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Angkasawan Arab pertama ke ISS pulang ke bumi pada 3 Okt

Angkasawan Hazzaa al-Mansoori dari Amiriah Arab Bersatu (Gambar: AFP/Vyacheslav OSELEDKO)

Diterbitkan : 03 Oct 2019 02:42PM Dikemas Kini : 03 Oct 2019 02:45PM

ALMATY, KAZAKHSTAN: Rakyat Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang mencatat sejarah sebagai kaum Arab pertama di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), dijangka kembali ke bumi hari ini (3 Okt) selepas melengkapkan misi selama lapan hari.

Hazzaa Al-Mansoori dijangka mendarat di Kazakhstan pada sekitar jam 11.00 pagi GMT (7.00 malam waktu Singapura) bersama angkasawan NASA, Nick Hague, dan angkasawan Roscosmos, Alexey Ovchinin - kedua-duanya terselamat daripada satu misi yang gagal dilancarkan ke ISS tahun lalu.

Hague dan Ovchinin sedang melengkapkan misi selama 203 hari manakala dua lagi rakan angkasawan dalam misi pelepasan pada 25 September lalu - Oleg Skripochka dari Rusia dan Jessica Meir dari NASA - akan terus tinggal di ISS, sebagai sebahagian daripada kru seramai enam orang.

Walaupun misi yang disertai oleh Hazzaa adalah singkat, ia masih menjadi kebanggaan UAE iaitu pendatang baharu dalam bidang angkasa lepas yang mempunyai cita-cita untuk menghantar misi penerokaan angkasa lepas tanpa pemandu ke orbit Marikh menjelang 2021.

Mansoori aktif mengemaskini laman Twitternya dengan memuatnaik gambar-gambar UAE dan Makkah dari ISS. Beliau juga menyertai beberapa eksperimen saintifik dan mengadakan sesi soal jawab dengan murid-murid sekolah dari negara tersebut.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita