Skip to main content

Dunia

Angka korban tragedi jejambat runtuh meningkat, usaha menyelamat diteruskan

Usaha menyelamat besar-besaran diteruskan menyusuli tragedi jejambat runtuh di bandar pelabuhan Genoa, Itali.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Aug 2018 06:31PM Dikemas Kini : 15 Aug 2018 09:45PM

GENOA: Usaha menyelamat besar-besaran diteruskan menyusuli tragedi jejambat runtuh di bandar pelabuhan Genoa, Itali.

Jumlah kematian meningkat kepada 38 orang sejauh ini, manakala berpuluh-puluh yang lain dilaporkan cedera.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam bagi mencari mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Angka korban dijangka akan meningkat sedang usaha mencari dipergiatkan di bahagian jambatan setinggi 50 meter.

Ketika berlakunya kejadian itu, lebih 35 kenderaan dilaporkan berada di atas jambatan itu dan tercampak keluar ke atas bumbung-bumbung bangunan.

Kejadian tersebut berlaku ketika hujan lebat dan guruh. Pasukan bomba juga berjaya menemui sekurang-kurangnya dua mangsa yang hidup dalam kenderaan mereka.

Siasatan sudah dilancarkan bagi mencari punca nahas tersebut.

Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte, yang melawat tempat kejadian, berkata bahawa siasatan awal menunjukkan ia disebabkan oleh kelemahan struktur.

Beliau menegaskan bahawa semua langkah akan diambil bagi mengelakkan tragedi serupa daripada berulang lagi.

Jambatan Morandi dibina pada tahun 1960an.

Menyusuli kejadian itu, sebuah laman kejuruteraan Itali merujuk kepada laporan kerosakan struktur beberapa prasarana sambil menyifatkan kejadian terbaru ini sebagai 'tragedi yang menunggu untuk berlaku". 

Sumber : Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita