Angka korban taufan Yutu meningkat kepada 9 orang; puluhan hilang
Angka korban akibat serangan taufan di utara Filipina meningkat kepada sembilan orang.
FILIPINA: Angka korban akibat serangan taufan di utara Filipina meningkat kepada sembilan orang.
Taufan Yutu yang mula mengganas semalam (30 Okt), membawa bersama hujan lebat dan banjir kilat.
Beberapa jambatan dan ratusan rumah dihanyutkan arus deras.
Sejauh ini lima orang penduduk diselamatkan.
Sekitar 20 orang hilang, dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh disebabkan tanah runtuh di kawasan-kawasan berbukit.
Mujur hampir 10,000 penduduk sudah meninggalkan rumah-rumah mereka sebelum serangan taufan Yutu.
Pihak berkuasa mengatakan taufan tersebut tidak sekuat serangan taufan Mangkhut baru-baru ini yang meragut nyawa lebih 100 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.