Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 141 sedang Hanoi berdepan risiko banjir

Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Jumlah korban Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 141 orang.

Demikian didedahkan pemerintah Vietnam pada Rabu (11 Sep).

Pemerintah itu turut memberi amaran air banjir menyebabkan paras air di Sungai Merah naik secara mendadak dan mengancam untuk membanjiri daerah pusat bandar di ibu kota Hanoi.

Hujan lebat akibat Taufan Yagi juga mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir yang meragut nyawa di seluruh bahagian utara Vietnam.

Menurut agensi pengurusan bencana Vietnam, 59 orang masih dilaporkan hilang dan seramai 141 orang terkorban.

Selain itu, berlaku juga kerosakan teruk pada hartanah dan gangguan terhadap perniagaan dan industri.

Laporan media tempatan pada lewat Selasa menyatakan paras air di Sungai Merah di Hanoi naik 10 sentimeter setiap jam.

Beberapa sekolah di Hanoi juga mengarahkan para pelajar supaya jangan keluar rumah sepanjang minggu ini disebabkan keprihatinan berlakunya banjir.

Sementara itu, ribuan penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah sudah dipindahkan.
Sumber : Reuters/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan