Skip to main content

Dunia

Angka korban Taufan Kalmaegi Filipina meningkat kepada lebih 100 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban Taufan Kalmaegi Filipina meningkat kepada lebih 100 orang
Seorang wanita duduk di atas tiang lampu di tengah-tengah kerosakan akibat Taufan Kalmaegi yang melanda bandar Talisay di Cebu, Filipina pada 5 November 2025. (Gambar: Reuters)
 
Diterbitkan : 05 Nov 2025 08:08PM Dikemas Kini : 05 Nov 2025 09:06PM
CEBU: Angka korban akibat Taufan Kalmaegi di bahagian tengah Filipina meningkat melebihi 100 orang pada Rabu (5 Nov) apabila kesan dahsyat ke atas wilayah Cebu menjadi lebih ketara selepas banjir terburuk pernah dialami sejak beberapa tahun lalu melanda kawasan itu.

Banjir besar yang dikatakan belum pernah berlaku sebelum ini melanda wilayah tersebut sehari sebelumnya, menghanyutkan kereta, rumah setinggan tepi sungai dan bahkan kontena perkapalan yang besar.

Jurucakap Cebu, Rhon Ramos memberitahu AFP bahawa 35 mayat sudahpun ditemui dari kawasan banjir di Liloan, sebuah bandar yang merupakan sebahagian daripada kawasan metro ibu kota Cebu City.

Ini membawa angka korban di Cebu kepada 76 orang.

Di Pulau Negros yang berhampiran, sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 12 lagi hilang selepas hujan lebat akibat Kalmaegi menyebabkan aliran lumpur gunung berapi, yang kemudian menimbus rumah-rumah di Canlaon City, kata Leftenan Polis Stephen Polinar.

Hanya satu kematian di Negros dilaporkan dalam angka awal pemerintah sebanyak 17 kematian di luar Cebu.

Angka tersebut termasuk enam anak kapal helikopter tentera yang terhempas semasa menjalankan misi bantuan taufan.

Wartawan AFP bertemu penduduk di kawasan paling terjejas di Cebu pada Rabu semasa mereka membersihkan jalan-jalan raya yang ditenggelami air sehari sebelumnya.

Ahli saintis memberi amaran bahawa ribut menjadi semakin dahsyat akibat perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia.

Secara keseluruhan, hampir 800,000 orang sudah dipindahkan dari laluan taufan tersebut.
Sumber : AFP/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita