Angka korban tanah runtuh Jawa Barat meningkat kepada 25 orang
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
JAKARTA: Sebanyak 25 jasad ditemukan setakat hari kedua operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat, pada Ahad (25 Jan).
Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), Abdul Muhari berkata kesemua jenazah mangsa diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Republik Indonesia untuk dikenal pasti.
“Selain mangsa yang maut, seramai 23 orang dilaporkan selamat, manakala 81 yang lain masih hilang.
“Jumlah mangsa dijangka berubah memandangkan lebih banyak mangsa dikesan dan proses pengecaman lanjut dijalankan oleh pasukan DVI,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad malam.
Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda Kampung Pasir Langu kira-kira pukul 2.30 pagi Sabtu, sehingga menimbus beberapa kawasan kediaman.
Selain faktor cuaca, Encik Abdul Muhari berkata bentuk muka bumi di lokasi kejadian turut memberikan cabaran besar kepada pasukan penyelamat sepanjang operasi pencarian dilakukan.
“Berdasarkan pertimbangan teknikal di lapangan, operasi pencarian dihentikan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada Isnin,” katanya.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.