Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban tanah runtuh cecah 15 orang, 20 masih tertimbus

Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, Jawa Barat terus meningkat kepada 15 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Jan 2019 11:43AM Dikemas Kini : 03 Jan 2019 11:08PM

JAKARTA: Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Sukabumi, Jawa Barat terus meningkat kepada 15 orang.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan 20 lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan, diteruskan hari ini (2 Jan).

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, berkata operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada pukul 2.00 petang semalam (1 Jan) kerana hujan lebat.

"Empat kejadian tanah runtuh susulan berlaku di kawasan itu semalam (1 Jan)," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang Isnin lalu (31 Dis), satu petempatan di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi di Jawa Barat tertimbus akibat kejadian tanah runtuh.

Encik Nugroho berkata dua mangsa yang maut ditemui pada Isnin (31 Dis) dan 13 lagi ditemui semalam (1 Jan), dalam kejadian yang menimbus 30 buah rumah itu.

"Kawasan petempatan itu menempatkan 107 penduduk, 15 terkorban setakat ini dan 20 lagi dipercayai masih tertimbus," katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan