Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban serangan udara Israel di Carikan Gaza naik kepada 32

Angka korban akibat serangan udara Israel di Carikan Gaza meningkat kepada 32, menurut laporan Quds News Network pada Ahad (7 Ogos), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban serangan udara Israel di Carikan Gaza naik kepada 32

Seorang wanita Palestin menangis ketika duduk di tengah-tengah runtuhan rumahnya yang musnah semalaman dalam serangan udara Israel di Carikan Gaza pada 7 Ogos 2022. (Gambar: MOHAMMED ABED / AFP)

MOSCOW: Angka korban akibat serangan udara Israel di Carikan Gaza meningkat kepada 32, menurut laporan Quds News Network pada Ahad (7 Ogos), memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dan 203 yang lain cedera akibat serangan udara yang menyasarkan Carikan Gaza di bawah operasi 'Breaking Dawn' Israel.

Seorang komander berpangkat tinggi Jihad Islam Palestin, Khaled Mansour, terbunuh dalam serangan udara Israel itu, menurut sayap bersenjata kumpulan tersebut, Briged Al-Quds, manakala Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan kematian komander kanan Jihad Islam di utara Gaza, Tayseer Jabari.

Pada Jumaat, IDF melancarkan operasi digelar 'Breaking Dawn' terhadap gerakan Jihad Islam Palestin di Carikan Gaza. Ziyad Nakhalah, ketua Jihad Islam Palestin, mengancam untuk bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Tel Aviv.

Sedari itu, Israel menangkis serangan peluru berpandu dan melancarkan serangan baru ke atas Carikan Gaza.

Perdana Menteri Israel Yair Lapid memberitahu pegawai kanan tentera-politik pada Sabtu bahawa negaranya akan terus bertindak tanpa teragak-agak, "bagi menjaga keamanan rakyatnya."
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan