Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Angka korban serangan pengganas Sri Lanka terus meningkat; mencecah 359 mangsa

Korban jiwa akibat siri serangan bom yang dilancarkan ke atas beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Hari Easter kini meningkat kepada 359.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban serangan pengganas Sri Lanka terus meningkat; mencecah 359 mangsa

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 12:45PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 12:49PM

COLOMBO: Korban jiwa akibat siri serangan bom yang dilancarkan ke atas beberapa gereja dan hotel mewah di Sri Lanka pada Hari Easter kini meningkat kepada 359.

Polis mendedahkan demikian hari ini (24 Apr) tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Jurucakap polis Ruwan Gunasekera mengeluarkan perangkaan itu, namun tidak pula mendedahkan senarai mangsa serangan nekad di tiga gereja dan empat hotel di negara itu.

Pada Selasa (23 Apr), seramai 321 orang dilaporkan maut manakala sekitar 500 yang lain cedera.

Kumpulan militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas pertumpahan darah itu semalam (23 Apr), dengan kumpulan itu menyatakan serangan-serangan tersebut dilancarkan oleh tujuh penyerang.

ISIS bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Jika dakwaan ISIS itu benar, serangan terbaru itu adalah antara serangan paling dahysat yang pernah didalanginya di luar Iraq dan Syria.  

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan