Skip to main content

Dunia

Angka korban serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 126

Serangan Israel ke atas Carikan Gaza yang dikepung meragut lagi 21 jiwa warga Palestin pada Jumaat (14 Mei), menjadikan jumlah kematian seramai 126 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
Angka korban serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 126

Asap tebal menjulang ke langit berikutan serangan udara oleh Israel ke atas sebuah bangunan di kota gaza pada 14 Mei 2021. (Gambar: Hatem Moussa/AP)

Diterbitkan : 15 May 2021 01:51PM Dikemas Kini : 15 May 2021 01:54PM

BAITULMAKDIS: Serangan Israel ke atas Carikan Gaza yang dikepung meragut lagi 21 jiwa warga Palestin pada Jumaat (14 Mei), menjadikan jumlah kematian seramai 126 orang, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Menurut Anadolu Agency, mereka yang tewas termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita, sementara jumlah mangsa cedera pula meningkat kepada 950 orang, menurut satu kenyataan daripada kementerian itu.

Pesawat-pesawat perang Israel pada Jumaat meneruskan serangan udara di Carikan Gaza yang dikepung, menimpakan kerosakan besar pada bangunan kediaman di seluruh daerah tersebut.

Sementara itu, seramai 11 warga Palestin terbunuh pada Jumaat apabila pasukan tentera Israel bertempur dengan mereka untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang diadakan di beberapa bahagian berbeza di Tebing Barat.

Ketegangan memuncak di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmakdis Timur, Masjid Al-Aqsa dan Gerbang Damsyik sejak awal bulan Ramadan apabila pasukan dan pendudukan kawasan petempatan Israel menyerang rakyat Palestin.

Ketegangan itu beralih dari Baitulmakdis Timur ke Gaza selepas kumpulan penentang Palestin di sana berikrar untuk membalas serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Sheikh Jarrah jika ia tidak dihentikan.

Israel menduduki Baitulmakdis Timur, di mana terletaknya Al-Aqsa, semasa perang Arab-Israel pada 1967. Ia mengilhakkan seluruh kota itu pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diperakui mahupun diiktiraf oleh seluruh masyarakat antarabangsa. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita